Sunday, January 27, 2013

TOPIK 10: SIFAT-SIFAT ALLAH SWT ( Surah Al Baqarah 284 – 286 )


SIFAT-SIFAT ALLAH SWT
( Surah Al Baqarah  284 – 286 )


Maksudnya :
  • Segala yg ada di langit & bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yg ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung & menyatakan kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan kpd sesiapa yg dikehendakinya & menyiksa sesiapa yang dikehendakinya ( menurut undang-undang & peraturan-Nya ). Dan ( ingatlah ) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( 284)
  • Rasul Allah telah beriman kepada apa yg diturunkan kepadanya dari Tuhannya, Dan juga org-org yang beriman , semuanya beriman kpd Allah, Malaikat-malaikat-Nya , Kitab-kitabnya, & Rasul-rasulnya..( Mereka berkata) : " Kami tidak membezakan antara seorang rasul dgn rasul-rasul yg lain" Mereka berkata : " Kami dengar & kami taat . ( Kami pohonkan ) keampunanMu wahai tuhan kami, Dan kepadaMu jua tempat kami kembali ( 285)
  • Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, Dan juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.  (Mereka berdoa dgn berkata) : " Wahai Tuhan kami ! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah engkau bebankan kpd kami bebanan yg berat sebagaimana yg telah engkau bebankan kpd orang-orang yg terdahulu drpd kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah engkau pikulkan kpd kami apa-apa yg kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, Dan berilah rahmat kpd kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami utk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir ( 286).





ZIKIR SIFAT-SIFAT ALLAH 


CERAMAH SIFAT-SIFAT ALLAH


NASYID 


PENGAJARAN AYAT :

  1. Kita wajib meyakini bahawa Allah bersifat Maha  berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pengampun & Maha Penyayang
  2. Kita hendaklah menjaga setiap amalan, sama ada amalan zahir atau batin
  3. Kita wajib mempercayai  dan beramal dengan semua rukun iman
  4. Orang-Islam  hendaklah  sentiasa berdoa  memohon keampunan  daripada dosa yg dilakukan sama ada yg  sengaja atau tidak sengaja 



TOPIK 9: BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH ( Surah Al Baqarah : ayat 256 )


BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH
( Surah Al Baqarah : ayat 256 )



Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam Agama ( Islam ), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam) dari kesesatan ( Kufur) . Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman kpd Allah, sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali Allah)  yg kukuh, yang tidak akan putus. Dan ( ingatlah). Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Maksud Ayat Secara Menyeluruh :

·         Surah Al Baqarah, ayat 256 menjelaskan bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk agama Islam.
·         Dalam soal memilih agama Islam kebebasan kepada individu memilih agama yang ingin mereka anuti
·         Sebab-Sebab  Islam tidak memaksa orang lain memeluk Islam Kerana :
a)       Bertentangan dgn konsep dakwah Islamiah
b)       Memelihara  hak kebebasan beragama manusia
c)        Keimanan yg dipaksa mudah menjadi luntur
d)       Agar seseorang itu memeluk Islam dgn ikhlas, rela hati tanpa sebarang paksaan

·         Walaubagaimanapun,Islam tidak membenarkan menganutnya menukar agama (murtad)  kerana :
a)       Tidak mahu penganutnya menjadikan  agama sebagai  permainan
b)       Penganut islam telah diajar mengenai kebenaran ajaran Islam
c)        Islam memastikan setiap penganutnya mengamalkan perintah Allah dgn kerelaan mrk sendiri.

·         Di akhir surah tersebut dinyatakan bahawa Allah bersifat Maha Mengetahu. Tiada suatu pun apa yg kita lakukan tersembunyi dari pengetahuan Allah.





 PENGAJARAN AYAT

Ø  Islam melarang penganutnya memaksa orang agama lain menganut Islam
Ø  Seruan dakwah Islam hendaklah disebarkan dgn terancang & bijaksana
Ø  Kita wajib berpegang teguh kpd ajaran Islam & Menjauhi kepercayaan serta amalan taghut



















TOPIK 8: KEAGUNGAN & KEKUASAAN ALLAH SWT ( Surah Al Baqarah : ayat 255 ) (" Ayat kursi" )

KEAGUNGAN   &  KEKUASAAN ALLAH SWT 
( Surah Al Baqarah : ayat  255 )
 (" Ayat  kursi" )



Maksudnya :

Allah , Tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir ( sekalian makhluknya). Yang tidak mengantuk & tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada dilangit & yang ada dibumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat   ( pertolongan ) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada dihadapan & apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui suatu pun dari (kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki ( memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah ilmu  dan  kekuasaannya liputi langit & bumi, Dan Tiadalah menjadi keberatan kpd Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang  maha Tinggi ( darjat kemuliaannya) lagi Maha Besar ( kekuasaannya).

Maksud  Ayat Secara Menyeluruh

Di dalam ayat 255, Surah al-Baqarah Allah menjelaskan perkara berkaitan dengan Dasar Aqidah iaitu mengenai Sifat-Sifat Allah , Kekuasaan & Keluasan Ilmu-Nya

Tanda-Tanda  Keagungan & kekuasaan Allah
( Berdasarkan Ayat )

  1. Hanya Allah, Tuhan yang layak &berhak disembah
  2. Allah bersifat الحي ( yang hidup) &  القيوم( yang kekal)
  3. Allah tidak mengantuk & tidak lalai
  4. Allah berkuasa ke atas segala yang ada di bumi & dilangit
  5. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi pertolongan kpd sesiapa yg  dikehendaki-Nnya
  6. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
  7. Allah memberi ilmu kpd sesiapa yang dikehendaki-Nya
  8. Ilmu & Kerajaan Allah meliputi seluruh Alam
  9. Allah yang mengatur & mengurus seluruh alam
  10. Allah Maha Tinggi & Maha Agung

Kelebihan mengamalkan Ayat Kursi 

§  Melembutkan hati & Memberi ketenangan jiwa
§  Menghindarkan diri dari gangguan syaitan, jin & niat jahat manusia
§  Selamat dari bala, bahaya & bencana
§  Pahala membacanya melebihi pahala membaca ayat lain

Pengajaran Ayat

§  Allah ,Tuhan yang berhak disembah & kekal hidup selama-lamanya
§  Allah S.W.T. mencipta , mentadbir & mengatur perjalanan semua makhluk-Nya
§  Allah mengetahui semua perkara yang belum , sedang & akan berlaku kepada makhluknya
§  Orang yg beriman sentiasa yakin dgn kekuasaan & keagungan Alah


Friday, January 25, 2013

TOPIK 7: ARAK & JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN ( Surah Al Baqarah: Ayat 219 )


ARAK  & JUDI  MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN
( Surah Al Baqarah: Ayat  219 )


Maksudnya : Mereka bertanya kpd engkau ( Wahai Muhammad) mengenai arak & judi. Katakanlah :   " Pada kedua-duanya dosa besar & ada pula beberapa menafaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar drpd manafaatnya." Dan mereka bertanya pula kpdmu "Apakah yg mereka belanjakan (dermakan)"? Katakanlah : "(dermakanlah apa-apa) yg berlebihan drpd keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kpd kamu ayat-ayat ( keterangan hukuman) supaya kamu berfikir "

ARAK
JUDI

Pengertian :
   Ialah Semua jenis minuman yang
   mengandungi alkohol , memabukkan &
   menghilangkan kewarasan fikiran
      Cth  : Wiski


Pengertian :
   Ialah  sejenis Permainan yang menggunakan   
   Wang, Harta  atau sebagainya  dengan tujuan
   Pertaruhan  (utk mendapat keuntungan yang 
   banyak tanpa perlu berusaha)
       Cth: Tikam nombor ekor

Hukum:  Haram  &  Berdosa Besar
Hukuman : 
           40 kali sebatan (Zmn Rasulullah)
           80 sebatan  (zmn Khalifah  Umar
                               Al Khattab )


Hukum :  Haram & Berdosa Besar
Hukuman :
         Didenda & Dirampas harta yang
         diperolehi dari hasil berjudian

PUNCA / FAKTOR  YG MENDORONG SESEORANG TERLIBAT DGN ARAK & JUDI

1.        Jahil  / cetek  ilmu agama
2.        Iman tidak mantap
3.        Terpengaruh dgn hawa nafsu & tipudaya syaitan
4.        Keinginan cepat kaya tanpa perlu berusaha
5.        Terpengaruh dgn budaya hidup barat yang nagetif


 USAHA HINDARKAN DIRI DARI MEMINUM ARAK & BERJUDI

Ø  Sentiasa mematuhi perintah  & larangan Allah
Ø  Jangan berkawan / bergaul dengan peminum arak & penjudi
Ø  Tidak pergi ke tempat hiburan yang menyediakan arak & judi
Ø  Elakkan menyertai permainan  atau  membeli barang yang ada unsur perjudian
Ø  Selalu berdoa supaya dihindarkan diri dari terlibat dgn arak & judi
Ø  Sentiasa mengingatkan diri tentang bahaya arak & judi ,dosa dan azab Allah
Ø  Sentiasa mengingati  Allah walau di mana berada. 

  


KEBURUKAN ARAK & JUDI

HIKMAH PENGHARAMAN ARAK &JUDI

Kpd individu

§  Melalaikan diri dr mengingati  Allah
§  Mengabaikan tanggungjawab kpd keluarga, masy & Negara
§  Menghilangkan kewarasan akal fikiran & memudaratkan kesihatan
§  Melahirkan individu yg  malas berusaha & mementingkan diri sendiri
§  Terdedah kpd godaan syaitan utk melakukan perbuatan keji & mungkar


·         Dapat berbakti kepada agama  , keluarga & masyarakat
·         Dapat memberi sumbangan kpd negara
·         Melahirkan individu yg berdisiplin & bertanggungjawab
·         Terhindar daripada perkara mungkar & maksiat


Kpd keluarga
§  Tanggungjawab terhadap keluarga akan terabai
§  Berlaku pergaduhan & perceraian suami isteri
§  Kasih sayang terhadap anak-anak tidak sempurna
§  Pendidikan anak-anak terabai
§  Ekonomi keluarga akan tergugat
·         Kebajikan keluarga terjamin
·         Ahli keluarga mendapat pendidikan  & perhatian yg sempurna
·         Mewujudkan keluarga yg bahagia
·         Ekonomi keluarga mantap & kukuh

Kpd
masyarakat
§  Mencetuskan perpecahab dlm masy
§  Berlaku keruntuhan moral dlm masy
§  Kegiatan jenayah berleluasa dlm masy   spt. Penipuan, pecah rumah,peras ugut dll
§  Masy tidak produktif & berdaya saing
·         Hubungan antara anggota masy terjalin baik & mesra
·         Masy  hidup harmoni
·         Melahirkan masy yg berdaya saing



Kpd
 negara
§  Negara mudah terdedah kpd pihak musuh
§  Negara akan mundur
§  Negara akan dipandang serong oleh Negara luar
·         Pembangunan negara dapat dijalankan secara terancang
·         Ekonomi Negara akan berkembang pesat
·         Negara aman makmur & Disegani masy luar

PENGAJARAN AYAT :
1.        Arak & judi wajib dijauhi oleh setiap orang Islam
2.        Arak &judi  memporak perandakan keluarga, masy dan negara