Friday, January 25, 2013

TOPIK 3: BERBUDI DAN BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN



MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH S.W.T

  1. Keimanan kepada Allah s.w.t. hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak berlaku perkara yang membatalkan iman.


2.       Antara cara-cara memelihara iman kepada Allah s.w.t. ialah sentiasa taat dan patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
3.       Memelihara iman adalah keutamaan dalam diri setiap muslim kerana iman sentiasa berubah-ubah, bertambah dan berkurang.

MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

  •        Berbakti kepada ibu bapa adalah dengan mentaati perintah dan menjaga keperluan dan kebajikan mereka.


Hayatilah ayat al-quran di bawah.


Hayatilah cerita di bawah:



  •   Berbuat baik kepada kaum kerabat, jiran, anak yatim, dan orang miskin.
  •  Cara menjaga hubungan baik dengan kaum kerabat adalah dengan menjauhi gejala sosial dalam masyarakat dan mewujudkan sikap tolong-menolong  antara satu sama lain. Manakala orang miskin adalah dengan memberi bantuan dan bergaul dengan mereka.



  •         Menjaga pergaulan dan tutur kata. Kata-kata yang baik mendatangkan manfaat, berbentuk nasihat, dan pengajaran yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain.



  •   Kewajipan menunaikan solat dan zakat. Solat dan zakat merupakan dua rukun daripada rukun Islam. Wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.





No comments:

Post a Comment