Friday, January 25, 2013

TOPIK 5: MAKANAN YANG HALAL & HARAM MENURUT ISLAM ( Surah Al Baqarah : ayat 168)


MAKANAN YANG HALAL & HARAM MENURUT ISLAM
( Surah Al Baqarah : ayat   168)


Maksudnya :    Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yg ada di bumi yg halal lagi baik . Dan janganlah kamu ikuti Jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


Maksud Makanan Halal ialah :
         Makanan  yg baik untuk kesihatan                          
         jasmani & rohani menurut Islam
Maksud Makanan Haram ialah :
        Makanan yang memudaratkan 
        kesihatan jasmani & rohani

Hikmah memakan makanan halal
Akibat memakan benda-benda haram

·         Mendapat  Hidayah & rahmat  dari Allah
·         Mudah menerima ilmu pengetahuan
·         Sihat jasmani, bersih rohani & akal cerdas
·         Kehidupan di berkati & diredai Allah
·         Membentuk  akhlak & tingkahlaku yang  baik
·         Hati tertutup dari menerima hidayah Allah
·         Susah mendapat ilmu pengetahuan
·         Memudaratkan kesihatan badan  & kewarasan akal serta mengotorkan hati
·         Mudah dihasut / diperdaya oleh syaitan* utk melakukan maksiat


* Antara ciri-ciri tipu daya Syaitan
v   Menghalalkan yg haram & mengharamkan yg halal
v   Meninggalkan perkara yg difardukan oleh Allah
v   Hidup bermusuh-musuhan
v   Bertindak mengikut hawa nafsu
v   Lalai daripada mengingati Allah
Ciri-Ciri Makanan Yang Halal
Ciri-Ciri Makanan Yang Haram
·         Makanan yang tidak diharamkan dalam Al Quran atau Hadis
Spt : Binatang- lembu,kambing
        Tumbuhan- buah & sayur
·         Makanan yg bersih, tidak memudaratkan kesihatan dan tidak merosakkan akal 
·         Binatang yang disembelih dengan nama Allah
·         Makanan yg dinyatakan haramnya dalam Al Quran atau Hadis
      Spt : Anjing,  babi, arak dll
·         Makanan yg boleh memudaratkan kesihatan badan & kewarasan akal
·         Binatang yg sembelih bukan kerana Allah 



Perhatian :
Kelonggaran dalam Islam tentang makanan haram:
            Dalam keadaan darurat , diharuskan memakan makanan yg haram sekadar keperluan utk mengelakkan  dari mati kebuluran     
 spt : Dlm  keadaan tiada makanan yg halal atau tidak dapat  mencarinya
                       
Pengajaan Ayat :
Setiap mukmin dituntut memilih makanan yang halal  & elakkan makanan haram
Berwaspada dgn perangkap syaitan yga mendorong memakan makanan haram 

4 comments:

  1. thank youn. sangat bermanfaat :))

    ReplyDelete
  2. Apakah yg akan berlaku kepada akhlak masyarakat yang tidak mengambil berat tentang makanan yang tidak mempunyai logo halal?

    ReplyDelete