Sunday, January 27, 2013

TOPIK 9: BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH ( Surah Al Baqarah : ayat 256 )


BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH
( Surah Al Baqarah : ayat 256 )



Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam Agama ( Islam ), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam) dari kesesatan ( Kufur) . Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman kpd Allah, sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali Allah)  yg kukuh, yang tidak akan putus. Dan ( ingatlah). Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Maksud Ayat Secara Menyeluruh :

·         Surah Al Baqarah, ayat 256 menjelaskan bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk agama Islam.
·         Dalam soal memilih agama Islam kebebasan kepada individu memilih agama yang ingin mereka anuti
·         Sebab-Sebab  Islam tidak memaksa orang lain memeluk Islam Kerana :
a)       Bertentangan dgn konsep dakwah Islamiah
b)       Memelihara  hak kebebasan beragama manusia
c)        Keimanan yg dipaksa mudah menjadi luntur
d)       Agar seseorang itu memeluk Islam dgn ikhlas, rela hati tanpa sebarang paksaan

·         Walaubagaimanapun,Islam tidak membenarkan menganutnya menukar agama (murtad)  kerana :
a)       Tidak mahu penganutnya menjadikan  agama sebagai  permainan
b)       Penganut islam telah diajar mengenai kebenaran ajaran Islam
c)        Islam memastikan setiap penganutnya mengamalkan perintah Allah dgn kerelaan mrk sendiri.

·         Di akhir surah tersebut dinyatakan bahawa Allah bersifat Maha Mengetahu. Tiada suatu pun apa yg kita lakukan tersembunyi dari pengetahuan Allah.





 PENGAJARAN AYAT

Ø  Islam melarang penganutnya memaksa orang agama lain menganut Islam
Ø  Seruan dakwah Islam hendaklah disebarkan dgn terancang & bijaksana
Ø  Kita wajib berpegang teguh kpd ajaran Islam & Menjauhi kepercayaan serta amalan taghut



















No comments:

Post a Comment